Make your own free website on Tripod.com

SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT

. Laman Utama . Sejarah Penubuhan . Perkhidmatan . Carta Organisasi . Profail Ahli Lembaga . Senarai Buku Keluaran . Koleksi Gambar . Komen Anda.

SEJARAH PENUBUHAN

  Pustaka Aman Press (PAP) ditubuhkan pada tahun 1960 oleh Haji Hassan bin Haji Yaacob dengan menggunkan modal dalaman sebanyak RM15,000.00.Fungsi  utama adalah untuk  menerbitkan dan mencetak buku-buku islamic termasuklah penterjemahan al-quran kepada bentuk  mistik dan pengajian di negeri-negeri Kelantan mahupun diseluruh Malaysia.

   Pada 5 feb.1976 PAP dikorprakan menjadi syarikat persendirian dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1juta dan maodal  berbayar RM500,003 .Syarikat ini  kemudianya dikenali sebagai Pustaka Aman Press Sdn.Bhd.

  Setelah menghabiskan masa hanpir tiga tahun membantu adiknya dalam perniagaan percetakan,Hj Hassan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikatnya sendiri.Terdapat  banyak  faktor yang mendorong Hj Hassan untuk membuka syarikat percetakan sendiri yang berasingan dengan adiknya.Antaranya ialah mungkin disebabkan oleh minat beliau  dalam bidang penulisan dan sastera serta perasaan beliau yang ingin berdikari.Dengan penubuhan syarikat sendiri itu,Hj Hassan dapat mengembangkan lagi minatnya dalam bidang penulisan dan dapat  menimba pengalaman  menguruskan  sesebuah syarikat.Disamping memudahkan beliau mengeluarkan pendapat dan idea kepada  masyarakat.

  Perkembangan perniagaan percetakan dan peningkatan  dalam permintaan orang  ramai terhadap bahan cetakan yang berunsurkan ilmiah di Kelanatan juga turut mempengaruhi Hj Hassan dan  adiknya untuk membuka syarikat masing-masing.Dinyatakan bahawa pada ketika itu,Kota Bharu bukan sahaja  menjadi pusat pentadbiran malah juga merupakan pusat pengagian islam yang ulung di Malaysia.

  Awal tahun 1990-an,PAP muncul sebagai penerbit tunggal yang mengelurkan buku-buku teks yang bercorak (pengetahuan Agama Islam Tingkatan1 hingga 5).Tidak dinafikan syarikat,tersebut telah mendapat keuntungan yang membangakan hasil daripada  penjualan buku-buku ini.Bagaimanapun apabila Dewan Bahasa dab Pustaka(DBP)yang mana ia merupakan penerbit dan pencetak yang dimiliki sepenuhnaya oleh pihak kerjaan telah diber mandat untuk mengeluarkan buku teks sekolah.PAP telah mengalami kemerosotan didalam pendapatanya.Disebabkan pihak DBP tidak upaya untuk menghasilkan pengeluaran buku teks dalam jumlah yang besar,pihak PAP mengambil  peluang ini untuk meneruskan penerbitan sehingga tahun 1980.

  Sehingga  hari ini,selain daripada menerbitkan dan mencetak buku-buku islamaic,akedemik,buku kanak-kanak dan buku komputer,PAP juga menerima kontrak untuk mencetak daripada pikah kerajaan,syarikat-syarikat persendirian dan juga  pihak individu.Percetakan PAP merangkumi bermulanay dari buku hinggalah majalah,risalah,pamaplet,kalender,poster,suratkhabar dan lain-lain bahan pencetakan.

  Semenjak pengukuhan PAP ia telah melakukan perubahan yang drastik terhadap operasi dan pengurusan,dibawah penyeliaan Pengarah Urusan Encik Aman.bin.Hj Hassan,PAP berterusan meningkatkan mutu mesin,ruang kerja,aktiviti pemasaran,tenaga kerja dan begitu juga perniagaan ini.Sehingga kini PAP telah mempelbagaikan perniagaan kepada membekalkan kertas dan bahan pencetakan(syarikat Akmal)pengurusan hotek(Hotel Aman).projek perumahan dan hartanah(Taman Aman dan Taman Sari)dan sekolah rendah persendirian(Sekolah Swasta Sri Aman).

 

<<NEXT  : BACK>>

 

copyright 2004 Pustaka Aman Press snd.bhd